Sad Story about Vaccination Programme

0
47

  1. Disember 2012, kelompok ekstrimis Muslim telah membunuh 7 orang pekerja kesihatan hanya disebabkan mereka memberi vaksin polio dalam program eradikasi polio di Pakistan. Golongan ini berpendirian bahawa pemberian vaksin adalah tidak Islami ditambah dengan sentiment anti-Amerika yang memuncak. Barat dan Amerika dituduh berselindung disebalik program eradikasi ini sebagai program risikan. http://www.aljazeera.com/news/asia/2012/12/2012121962433106974.html
  2. FIMA (Federation of Islamic Medical Association), gabungan persatuan doktor-doktor perubatan Muslim sedunia, sebagai respon mengeluarkan Deklarasi Kaherah berkaitan program eradikasi polio pada persidangannya Februari 2013 yang menggesa alim-ulama’, pemimpin masyarakat dan lainnya menyokong program ini serta membantah pembunuhan tersebut sebagai suatu tindakan diluar batas. Bersalahan dengan prinsip Islami malah manusiawi. http://fimaweb.net/cms/index.php?option=com_content&view=article&id=349%3Acairo-declaration-for-polio-eradication-&catid=37%3Afima-news&Itemid=196
  3. Bulan yang sama (Februari 2013) juga berlaku kes pembunuhan petugas kesihatan yang menjalankan program eradikasi polio di Nigeria. Sekumpulan ulama’ membantah keras program tersebut dan mengaitkan pemberian vaksin polio boleh menyebabkan kemandulan. Sekali lagi asas penentangan adalah anti-perubatan moden serta rasa sangsi keterlaluan terhadap Barat. http://www.aljazeera.com/news/africa/2013/02/201328103718172375.html
  4. Keganasan terhadap petugas dan sukarelawan program eradikasi polio terus berlaku. May 2013 yang lepas, seorang lagi dibunuh. Pekerja-pekerjakesihatan ini secara simplistik dituduh sebagai pro-Barat atau tali barut Amerika. http://www.nytimes.com/2013/05/29/world/asia/anti-polio-campaign-worker-shot-dead-in-pakistan.html
  5. Kelompok yang memainkan sentimen anti-vaksin sudah cuci tangan. Kesannya bakal dihadapi bersama.