FMS-Malaysia.org

LATEST NEWS

Sokongan Mental Covid 19

Sokongan Mental Covid 19

Bantuan Talian PRIHATIN

Saat wabak COVID-19 amat tidak menentu. Ramai di kalangan kita yang hilang mata pencarian sementara dek kerana sekatan pergerakan oleh kerajaan. Mereka itu kais pagi makan pagi. Apabila tak bergerak, dapur tak berasap. Nak harapkan bantuan sepenuhnya dari kerajaan melalui MPKK, itupun belum pasti. Kalau ada rezeki, berisilah perut ini.

Ada juga di kalangan kita yang mengalami tanda-tanda #COVID_19. Batuk, demam, selsema – dikhabarkan pula jiran sebelah rumah positif #COVID19 dan sekarang tenat di hospital. Saringan telah dibuat dan ubat telah diberi, doktor nasihatkan pengawasan 14 hari di rumah. Jiwa tidak tenteram. Berkecamuk dan tak keruan. Anak isteri sudah tak mahu masuk dekat kerana risau dan bimbang juga dijangkiti. Padahal keputusan ujian sapuan kerongkong belum keluar lagi. Seksa menunggu keputusan ujian siapalah yang tahu.

Di sinilah mula berlakunya tekanan perasaan dan kemurungan.

Oleh itu anda perlu dapatkan seseorang untuk membantu mengurangkan kerungsingan dan kegusaran kita? Pakar-pakar Perubatan Keluarga sudi untuk membantu anda! Boleh dapatkan penilaian kesihatan minda anda melalui borang berikut: https://tinyurl.com/dasstest.

Kita akan hubungkan anda ke pakar-pakar untuk bantuan sokongan mental dan emosi.

Jom hubungi kami.

Dr Suhazeli Abdullah

Sekretariat 

Bantuan Talian PRIHATIN

SILA IMBAS QR CODE DIATAS

#FightCovid19 #StayAtHome 

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on print
Print

Leave a Comment

Your email address will not be published.